Mod pemindahan tak segerak Komunikasi_bersiri

Dalam tahun 1970-an, syarikat Doelz telah membangunkan sebuah sistem komunikasi bersiri semi-segerak. Sistem ini menggunakan kerangka segerak pendek pada satu gelung fizikal, tetapi peralatan saluran ini hanya dapat menghilangkan, menyimpan dan melambatkan data berkeutamaan rendah jika terdapat data yang lebih tinggi keutamaannya. Kelebihan utama rekabentuk rangkaian Doelz adalah data keutamaan rendah, kebolehharapan tinggi bagi rangkaian digital daripada komputer dapat digabungkan dengan data kebolehharapan rendah untuk keutamaan tinggi dengan kos yang rendah seperti pemodulatan suara kod dedenyut.

Penyelidik-penyelidik AT&T kelihatan seperti telah meminjam konsep yang penting daripada Doelz dengan tujuan membangunkan sebuah sistem yang serupa iaitu “Mod Pemindahan Tak-Segerak” (Asynchronous Transfer Mode, ATM). Sistem ini juga menggunakan paket bersaiz tetap yang mempunyai kerangka kecil yang berulang. Di samping itu, setiap paket mengandungi maklumat saluran dalam bentuk indeks pengenalan saluran dan data permbetulan ralat yang boleh dipilih.

Walaupun dianggap sebagai satu protokol utama atau protokol transmisi, ATM kurang digunakan berbanding protokol internet, yang mempunyai overhed setiap paket yang lebih rendah (<1% untuk IP).

ATM telah digunakan dengan meluas sebagai satu protokol utama dalam penghala.

Dalam rangkaian jarak jauh, ATM biasanya diformatkan menjadi geganti bingkai.